Sep 7, 2014

dah cukup berkorban-kah aku?

mereka di Palestine setiap hari keluar, berhadapan dengan Israel Laknatullah.
berperang dan terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir demi menegakkan agama Allah.

sedangkan aku,
apa yang aku telah sumbangkan untuk Islam, apa yang aku telah lakukan untuk memperjuangkan agama Allah ini? I've done nothing! nothing at all.
tetapi, aku selalu mengeluh, seolah-olah aku telah banyak berkorban.
pada hakikatnya, it's nothing! masya-Allah. 

apabila punya kesempatan untuk berdakwah,
aku malu, malu untuk menceritakan terhadap mereka-mereka di luar sana tentang keindahan Islam,
aku takut dakwahku tidak diterima, aku takut mereka menolaknya mentah-mentah dan mencaci atau
berkata yang bukan-bukan. aku tidak meletakkan harapan yang sepenuhnya terhadap Allah. aku lupa
tanggungjawab ku. aku lebih takut jika orang menolak dakwahku.
Astaghfirullahal'azim...

sudah banyak peluang yang aku dapat untuk menyebarkan dakwah ini, tapi mengapa aku selalu
mengabaikan peluang itu? mengapa aku lepaskan peluang itu begitu sahaja?

terkadang kita mengeluh,
'aku dah penat',
penat dengan pengorbanan ini,
aku dah tak cukup kuat untuk menempuhnya lagi,
aku dah tak kuat!
aku dah tak sanggup!

jangan risau, janji Allah itu pasti.
pengorbanan itu perlu kerana Syurga itu mahal harganya.

moga kita diberi kekuatan untuk istiqamah dalam berdakwah.

pesanan buat aku dan sesiapa yang sudi membacanya. ^_^

doakan saya untuk SPM yang bakal tiba. 







Jun 17, 2014

batas itu tetap ada

tolong,
aku tahu aku perlu berurusan dengan kau,
tapi itu tidak bermaksud kau boleh sesuka hati melontarkan kata2,
kerja tetap kerja, tapi batas itu masih perlu dijaga.

kau harus ingat, kau itu ajnabi,
dan bukannya kawan aku mahupun sahabatku,
siapa kau mahu menegur aku dikhalayak ramai?

apa kau mahu membuat lawak yang teramatlah tidak lawak?
berfikirlah dahulu sebelum membuatnya.
orang lain juga punya hati dan perasaan.

tolong,
jangan anggap aku seperti kawan,
aku lakukan semua ini hanya disebabkan oleh
urusan yang perlu diselesaikan,
kerana tanggungjawab yang telah diamanahkan.
bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

tolong,
jangan sakiti hati seorang perempuan,
sudah tahu hati perempuan itu lembut,
mengapa kau masih mahu untuk menyentuh hatinya?
mengapa kau masih mahu menyakitinya?

bukankah tanggungjawab seorang lelaki itu untuk menjaga wanita?
tetapi kenapa kau menyakitinya?

tolong,
walaupun ianya urusan kerja,
batas itu masih perlu dijaga,
jangan jadikan urusan kerja itu sebagai alasan untuk
kita ketepikan batasan yang telah ditetapkan.

jom muhasabah!

teguran buat diri aku dan sesiapa yang sudi membacanya. heeee~

Jun 8, 2014

begitukah?

perlukah mencaci seseorang yang tersalah langkah?

perlukah memulau mereka yang tidak menyedari akan kesalahan dan kejahilan yang mereka lakukan?

kau siapa untuk sesuka hati menghukum orang.
mana tanggungjawabmu sebagai seorang saudara semuslim?
mana tanggungjawabmu sebagai seorang sahabat? kerna kesilapan yang tidak disengajakan, putuskah hubungan yang telah terjalin itu?

huh. sudahlah. tolonglah sedar, manusia mana yang sempurna. manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan, kejahilan. jangan kita rasa, diri kita terlalu sempurna, maka dengan itu,kita boleh sesuka hati menghukum orang.

mengapa tidak berterus terang sahaja dengan kesalahan yang seseorang itu lakukan. bukankah begitu lebih mudah. sekiranya dia menerima teguran kita, Alhamdulillah. sekiranya tidak, Alhamdulillah kerana kita telah menjalankan tanggungjawab ini. ya. memang benar. bukan mudah untuk menegur orang. sekurang-kurangnya, kita cuba untuk tidak membuka aibnya. biarlah hanya kita dan Allah yang mengetahui kelemahannya.

mengapa? kesalahan yang sekecil kuman itu jugak yang mudah dilihat, tetapi kebaikan yang sebesar gajah itu sangat susah untuk dilihat.

jom muhasabah diri. moga Allah redha. ^_^

p/s : pesanan buat diri aku.


May 23, 2014

hadirnya CAHAYA!

sori tak suka edit. ^_^

nur humaira binti mohd ruhaifi
nama yang sangat simple tapi mempunyai 
makna yang sangat comel! hee~
macam pemilik nama ini la..
comel kan? comel kan?

051213
"Alhamdulillah,,bayi telah selamat dilahirkan"
Ya Allah. syukur yang tiada terhingga. kehadiran yang sangat ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga.
semuanya kerana rezeki dari Illahi. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
terima kasih ya Rabb. 

kehadirannya ibarat mentari yang menerangi di pagi hari setelah berlalunya malam yang gelita
kehadirannya bagai penawar bagi hati yang sedang luka,berkecai hancur dan kesepian.
sungguh kehadirannya mendatangkan seribu kebahagiaan buat keluarga kami.
kehadirannya telah memecahkan kesunyian kami yang telah sekian lama ini.

ya Allah..sesungguhnya rezeki Engkau sangatlah luas.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tiada tangisan seorang bayi di dalam rumah ini, akhirnya ada jugak!
rindunya akan tangisan daripada seorang bayi yang sangat sangat suci.

sungguh bayi itu sangat suci. teramat suci.

selamat membesar ye baby humaira. 'mak teh' sayang humaira sangat sangat sangat kerana-Nya.
humaira dah besar nanti jaga diri elok elok tau. semoga humaira tabah dalam perjuangan di jalan Allah ini nanti. mak teh yakin humaira anak yang baik, mujahidah yang hebat, pejuang yang akan istiqamah di jalan Allah.

sayang sampai syurga.








Mar 29, 2014

Done!

akhirnya,,debaran sudah terhenti.
lima hari yang mendebarkan sudah berlalu.
Alhamdulillah.

sebenarnya,
aku rindu lima hari tu. lima hari aku bersama dengan adik-adik junior tanpa sahabat2ku disisi.
lima hari aku bersama kenalan2 baharu yang datang dari pelbagai pelusuk 'Malaysia'. lima
hari dijemur di bawah terik matahari. dan pelbagai lagi yang kami lalui selama lima hari itu.

Rabbi yassir wala tu'assir

itulah yang sentiasa kami ungkapkan. hanya Allah yang dapat membantu kami.
hanya Allah yang tahu betapa susahnya hari-hari kami sepanjang berada di situ.

teringat akan kata2 seorang murobbi sewaktu masuknya waktu zohor dan kami perlu menunaikan
solat di bawah terik matahari yang teramat panas "ini baru sikit, orang yang sedang menunaikan ibadah umrah itu lagi perlu bertahan dengan panas terik ini".
sungguh kata2 tu sangat bermakna.
bukan mudah untuk menggapai redha Illahi. bukan mudah untuk menggapai Syurga Firdausi.
mampukah aku? ujian sekecil ini aku sudah tidak mampu untuk tempuhinya.

Alhamdulillah. kami berjaya lalui hari-hari itu. dan kami juga berjaya membawa pulang kejayaan.
sungguh kejayaan kami ini hasil pengorbanan orang lain. terima kasih kerna sanggup berkorban
masa,tenaga,wang ringgit dan macam2 lagi untuk kami.. hanya Allah yang dapat membalas segala
kebaikan mereka..

tahniah semua! Islah no. 1 !

Mar 28, 2014

Aku Juga Mahu!

datang datanglah wahai syahid
dambaan mujahid
aku relakan sakit yang sedikit
derita hanya sementara
biar aku nestapa
demi bahagia untuk SELAMANYA

.........................

kau dapat!
kau dapat itu!
kau dapat syahid itu!
kau dapat syahid yang didambakan semua!

aku juga mahukan itu. aku juga inginkannya.tapi aku tak sehebat kau. hebatnya kau.
mampukah aku jadi begitu. beruntungnya kau..beruntungnya mereka.
ya Allah.

adakah salah jika aku cemburu dengan apa yang mereka dapat ini?
aku sangat cemburu.

pergiku tak kembali
kerana memburu nikmat Syurgawi 
itulah yang hakiki
itu yang abadi
aku tidak mati bahkan hidup
dengan rezeki Illahi

sungguh aku rindu!












Feb 17, 2014

La Tahzan

La tahzan, Innallahama'ana.

"eh. kesiannya kau. apa dah jadi ni? macam mana boleh sakit ni?"
' ujian dari Allah. lagipun, itu antara tanda Allah sedang dok hapus dosa kita...baik hapus kat sini dari dok hapus kat sana. sini sakit sikit aje, sana sakit tak terkata.'
"yelah. = =' "

daripada Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, NAbi S.A.W bersabda:

"tidak menimpa seorang mukmin sesuatu penyakit 
yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, 
dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan 
dihapuskan sebahagian dosa-dosanya."
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

la tahzan.

semoga kau kuat untuk menahan kesakitan itu. 
semoga kau tabah menghadapi semua itu.
jangan kau risau.. doa dari sahabat2 kau sentiasa
mengiringi.









Feb 10, 2014

yang terakhir...

gonna miss this sweet moment 

berakhir sudah sukan tahunan bagi tahun 2014 ini. that's mean....
ini adalah sukan terakhir kami sebagai seorang pelajar. huh.sedih :( 
semoga sukan ini menjadi suatu ibadah dan bukan suatu yang sia-sia.
semoga sukan ini merapatkan dan mengukuhkan lagi ukhuwwah di antara kita.
semoga ukhuwwah ini tidak roboh hanya disebabkan sukan.

sukan dah berakhir....and now..................
bermulalah perjuangan dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
bermulalah perjuangan untuk menghadapi SPM yang bakal
menjelma beberapa hari saja lagi.
huh. takot. ok ok.. don't be scared. 
Innallahama'ana my dear.

tapi tapi...
aku tetap rindu semua itu. sukan itu. latihan sukan di setiap petang itu.
bancuh air bawah pokok itu. sorakan daripada ahli rumah sukan masing-
masing itu. leteran ketua balapan kerana aku tak pernah serius dalam 
berlatih itu. dannnnn aku rindu semua itu.

look at their smile! senyuman itu, 
sangat bermakna buat aku.

andai dapat kuundurkan masa, pasti saja aku akan memilih saat-saat
yang indah itu. eh! no way! don't look back! you must go on with your 
life. perjuangan itu harus diteruskan. benda yang lepas tidak perlu dikenang
lagi. hanya perlu disimpan dengan baik di dalam kotak ingatan itu. simpan
ia dengan baik. jadikan ianya sebagai pengajaran dan iktibar agar diri 
menjadi yang lebih baik. 

memang rindu itu sangat menyakitkan. 
tiada yang dapat mengubatinya melainkan Allah.

Allah ada. Allah tempat kita meminta.
Allah tempat kita mengadu.
apa perlu risau?
minta sahaja kepada Allah agar kita 
dapat bersama seperti ini lagi di syurga
abadi. Allah itu Maha Mendengar. 









Feb 2, 2014

Hipokrit bukan menyakiti

jadi diri sendiri dan bukan hipokrit

orang selalu cakap jadilah diri sendiri dan jangan hipokrit.
tapi macam mana pulak kalau kita tak nak hipokrit tetapi hakikatnya kita sedang menyakiti hati dan perasaan orang lain.

it's up to you if u don't want to be a hypocrite..tapi janganla menyakitkan jiwa raga dan perasaan orang lain. bukankah itu lebih parah dari hipokrit.



#pesananuntukakusayamedankamuyangsedangbacani

Jan 27, 2014

tak berniat pon

duhai adikku,
sebagai seorang kakak, mestilah dia nakkan yang terbaik untuk
adiknya. mana ada kakak
yang nak tengok adik dia tersalah jalan.

mungkin kau belum tahu betapa pentingnya teguran itu.
teguran itu tandanya sayang, bukannya mahu mengaibkan.
mungkin kau belum tahu betapa pentingnya teguran itu,
kerana fikiran kau masih terlalu mentah,
kau masih terlalu kecil untuk memikirkan semua itu.

tapi, dari kecil lah semua itu perlu dipratikkan,
dari kecil lah perlu dididik,
dari kecil lah perlu difahamkan.

"kau pun tak sempurna, ada hati nak nasihatkan aku!"

yah! aku tak sempurna dan tak layak nak nasihatkan orang lain.
tapi kalau kita nak tunggu diri kita perfect untuk jadi seorang da'ie,
siapa yang akan jadi da'ie. kerna manusia ini memang tak
sempurna.



#pesananuntukakuakudanakudanuntukkau



Jan 25, 2014

kau kuat!

semoga kau kuat!
semoga aku kuat!
semoga dia kuat!
semoga kita kuat!
kuat untuk menahan rindu ini.
dan kuat untuk menempuh segalanya.


dear me,
kau kena belajar menerima,,
kau perlu belajar untuk menerima perpisahan ni,
perlu dan perlu dan sangat perlu,
jangan mudah kau jatuh disebabkan apa yang berlaku ini,
semua yang berlaku ada hikmah yang kau tak tahu.

belajar dan terus belajar ok? yeah! aku tahu kau kuat.


Jan 18, 2014

She's mine

actually,,,,she's not mine..
Dia milik Allah, not mine,, dia milik ibu dan ayahnya and also not mine..
tapi dia sahabat aku..seseorang yang Allah utuskan untuk bersama-sama
dengan aku menuju ke Jannah-Nya..insya-Allah.

she's always by my side no matter what happen..when I'm sad, when
I'm in trouble, when I don't know to make the right decision, bila aku
tersalah langkah and even when I'm happy..baiknya dia..but I'm the one
who always left her..I'm not by her side when she's having a problem
and she needs someone shoulder to cry on..
oh..I'm so bad..

tahun nih mungkin tahun terakhir kami bersama..selepas ini (espiem)
masing2 akan meneruskan perjuangan sebagai seorang mujahidah
yg berjuang untuk agamanya dan sebagai seorang pelajar universiti.insya-Allah
semoga kita kuat untuk menempuh alam di luar sana.. alam yang
sememangnya tidak sama dengan alam sekolah kita sekarang..
bi'ah yang berbeza..dan tanggungjawab kita juga semakin besar.

tahun nih tahun terakhir kita bersama dan aku berharap kita
akan membina sebuah kenangan yang indah dan tak akan
dapat dilupakan.

this is my BFTJ..comel kan? 
dear my BFTJ,
thanks for being my friend. huh.. tak tahu nak membalas macam mana. :(
and you know what,,the things that I'm afraid is...when you mrajuk..hahha
you know right? I'm not pro dalam pujuk memujuk nih..huhu.. I'm sorry..

semoga kau berjaya di dunia dan di akhirat,
semoga kau kuat menempuh hari mendatang,
semoga kau tak lupa aku!hahha