perlukah mencaci seseorang yang tersalah langkah?
perlukah memulau mereka yang tidak menyedari akan kesalahan dan kejahilan yang mereka lakukan?
kau siapa untuk sesuka hati menghukum orang.
mana tanggungjawabmu sebagai seorang saudara semuslim?
mana tanggungjawabmu sebagai seorang sahabat? kerna kesilapan yang tidak disengajakan, putuskah hubungan yang telah terjalin itu?
huh. sudahlah. tolonglah sedar, manusia mana yang sempurna. manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan, kejahilan. jangan kita rasa, diri kita terlalu sempurna, maka dengan itu,kita boleh sesuka hati menghukum orang.
mengapa tidak berterus terang sahaja dengan kesalahan yang seseorang itu lakukan. bukankah begitu lebih mudah. sekiranya dia menerima teguran kita, Alhamdulillah. sekiranya tidak, Alhamdulillah kerana kita telah menjalankan tanggungjawab ini. ya. memang benar. bukan mudah untuk menegur orang. sekurang-kurangnya, kita cuba untuk tidak membuka aibnya. biarlah hanya kita dan Allah yang mengetahui kelemahannya.
mengapa? kesalahan yang sekecil kuman itu jugak yang mudah dilihat, tetapi kebaikan yang sebesar gajah itu sangat susah untuk dilihat.
jom muhasabah diri. moga Allah redha. ^_^
p/s : pesanan buat diri aku.
No comments:
Post a Comment