Jun 17, 2014

batas itu tetap ada

tolong,
aku tahu aku perlu berurusan dengan kau,
tapi itu tidak bermaksud kau boleh sesuka hati melontarkan kata2,
kerja tetap kerja, tapi batas itu masih perlu dijaga.

kau harus ingat, kau itu ajnabi,
dan bukannya kawan aku mahupun sahabatku,
siapa kau mahu menegur aku dikhalayak ramai?

apa kau mahu membuat lawak yang teramatlah tidak lawak?
berfikirlah dahulu sebelum membuatnya.
orang lain juga punya hati dan perasaan.

tolong,
jangan anggap aku seperti kawan,
aku lakukan semua ini hanya disebabkan oleh
urusan yang perlu diselesaikan,
kerana tanggungjawab yang telah diamanahkan.
bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

tolong,
jangan sakiti hati seorang perempuan,
sudah tahu hati perempuan itu lembut,
mengapa kau masih mahu untuk menyentuh hatinya?
mengapa kau masih mahu menyakitinya?

bukankah tanggungjawab seorang lelaki itu untuk menjaga wanita?
tetapi kenapa kau menyakitinya?

tolong,
walaupun ianya urusan kerja,
batas itu masih perlu dijaga,
jangan jadikan urusan kerja itu sebagai alasan untuk
kita ketepikan batasan yang telah ditetapkan.

jom muhasabah!

teguran buat diri aku dan sesiapa yang sudi membacanya. heeee~

No comments:

Post a Comment