Dec 13, 2015

Bumi Tarbiyah

tanpa aku sedari,
aku kini sudah menjejakkan kaki jauh dari bumi tarbiyah itu lagi.
aku dihantar ke suatu tempat yang keadannya berbeza sekali dari
bumi tarbiyah yang pernah aku jejaki.

aku pelik dan hairan.
melihat keadaan bumi yang sedang aku jejakkan kaki ini.

terkadang aku merasa tidak mampu untuk terus bertahan, untuk terus
berdiri di bumi yang asing ini. tapi,
entah darimana datangnya kekuatan untuk aku terus bertahan di bumi ini.
ya. mungkin kerana Dia yang memberikan aku kekuatan ini. agar aku
terus bertahan untuk melebarkan sayap dakwah ini.

tapi,
aku juga manusia. terkadang itu aku rebah dan tidak berdaya untuk menyusun
langkah. terkadang itu aku mengalah. terkadang itu aku terlalu mengikutkan
nafsu juga. sungguh, benar-benar aku rasa aku tidak mampu. 

aku rindu pada bumi tarbiyah itu.
bumi yang banyak mengajar aku erti kehidupan ini. yang mengajar aku untuk
terus berdiri di atas dunia ini.yang menyedarkan aku tanggungjawab aku 
dihidupkan di bumi ini. Allah, aku rindu. benar-benar rindu. 

aku rindu pada tapak-tapak yang saling mengukuhkan itu. 

moga kelak kita disatukan kembali di Syurga-Nya nanti.

Sep 29, 2015

Syukran Ya Rabb

tanganku terus digenggam erat olehnya. tiada lagi suara yang kedengaran. masing-masing menanti dengan penuh harapan. tiada lagi yang difikirkan melainkan redha dengan apa saja keputusan yang akan diumumkan.

"dah sedia nak tengok keputusan?"

debaran pelajar saat itu hanya Allah saja yang tahu.

"alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah", hanya itu yang terkeluar dari mulutku sebaik sahaja melihat nama-nama yang terpapar di skrin.

"ana tahu anti hebat. anti memang hebat. ana bangga dengan anti," bisik sahabatku yang sedari tadi menggenggam tanganku dengan erat.

"anti pun! anti lagi hebat! sangat-sangat hebat! anti qowiy!".

Allahu Rabbi, tiada kata seindah tahmid kepadaNya.

tanpa disangka,
Dia berikan kepadaku lebih daripada yang aku mahu.
Dia berikan padaku lebih daripada yang aku perlukan.
Dia berikan aku hasil lebih dari usaha aku.
aku bersyukur, teramat bersyukur, aku dapat melihat kebahagiaan terpancar
di wajah insan yang tersayang.

terima kasih Allah. terima kasih.

terima kasih mak abah,
sebab tak pernah henti memberikan aku nasihat. tak pernah penat untuk buat yang terbaik kepadaku. tak pernah putus asa untuk menyedarkan aku. tak pernah merungut menghantarku ke sekolah. terima kasih atas segalanya. tanpa kalian, aku mungkin tak sampai di sini.

terima kasih muallim,muallimah,
terima kasih atas jasa kalian yang terlalu banyak. terlalu terlalu dan terlalu banyak. menghabiskan masa cuti dengan anak-anak murid. tak pernah penat melayan kerenah kami yang pelbagai. tak pernah henti memberi tarbiyah. terima kasih kerana sentiasa mengajak kami mengejar cinta akhirat. terima kasih.

terima kasih sahabat,
kerana selalu ada di sisi. tak pernah lupakan sahabat mereka yang ketinggalan di belakang. sentiasa bersama-sama berpimpinan tangan. kerana selalu memberikan aku kata-kata. kerana selalu buatkan aku bangkit kembali setelah rebah. terima kasih atas tunjuk ajar. kalian adalah sahabatku yang satu dalam sejuta! sahabat yang tak pernah kenal erti penat untuk memberi tunjuk ajar buat sahabat yang tertinggal di belakang. terima kasih! terima kasih!


Syurga Dunia

Dunia,
Keindahanmu membuatkan aku terus menerus mengejarmu. Aku tergoda dengan kecantikkanmu sehingga aku lupa, akhirat itu akan tiba. Tidak lama lagi.

Tapi selalu sahaja aku lupa, biarpun selalu diingatkan. Aku selalu lupa. Sedikit demi sedikit Dia menarik nikmat dunia itu. Mengapa aku masih leka? Mengapa aku masih berbangga dengan apa yang aku ada. Sedangkan aku sendiri tahu itu semua sementara. Ya, hanya sebentar.

Mulut tidak pernah berhenti berkata 'aku mahu SyurgaNya'. Tapi kenapa aku tidak bertindak seperti apa yang aku mahukan. Syurga itu mahal harganya. Jadi semestinya tiketnya juga mahal.

Satu persatu tanda Allah tunjukkan, agar kau sedar, agar kau bangun dari tidur kau yang panjang itu bahawa tidak lama lagi Dia akan menarik apa yang telah diberikanNya. Segalanya akan kembali kepadaNya. Sedarlah! Bangunlah! Masa sudah tidak banyak lagi.

Syurga,
moga berjumpa kelak.