Mar 29, 2014

Done!

akhirnya,,debaran sudah terhenti.
lima hari yang mendebarkan sudah berlalu.
Alhamdulillah.

sebenarnya,
aku rindu lima hari tu. lima hari aku bersama dengan adik-adik junior tanpa sahabat2ku disisi.
lima hari aku bersama kenalan2 baharu yang datang dari pelbagai pelusuk 'Malaysia'. lima
hari dijemur di bawah terik matahari. dan pelbagai lagi yang kami lalui selama lima hari itu.

Rabbi yassir wala tu'assir

itulah yang sentiasa kami ungkapkan. hanya Allah yang dapat membantu kami.
hanya Allah yang tahu betapa susahnya hari-hari kami sepanjang berada di situ.

teringat akan kata2 seorang murobbi sewaktu masuknya waktu zohor dan kami perlu menunaikan
solat di bawah terik matahari yang teramat panas "ini baru sikit, orang yang sedang menunaikan ibadah umrah itu lagi perlu bertahan dengan panas terik ini".
sungguh kata2 tu sangat bermakna.
bukan mudah untuk menggapai redha Illahi. bukan mudah untuk menggapai Syurga Firdausi.
mampukah aku? ujian sekecil ini aku sudah tidak mampu untuk tempuhinya.

Alhamdulillah. kami berjaya lalui hari-hari itu. dan kami juga berjaya membawa pulang kejayaan.
sungguh kejayaan kami ini hasil pengorbanan orang lain. terima kasih kerna sanggup berkorban
masa,tenaga,wang ringgit dan macam2 lagi untuk kami.. hanya Allah yang dapat membalas segala
kebaikan mereka..

tahniah semua! Islah no. 1 !

No comments:

Post a Comment