May 23, 2014

hadirnya CAHAYA!

sori tak suka edit. ^_^

nur humaira binti mohd ruhaifi
nama yang sangat simple tapi mempunyai 
makna yang sangat comel! hee~
macam pemilik nama ini la..
comel kan? comel kan?

051213
"Alhamdulillah,,bayi telah selamat dilahirkan"
Ya Allah. syukur yang tiada terhingga. kehadiran yang sangat ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga.
semuanya kerana rezeki dari Illahi. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
terima kasih ya Rabb. 

kehadirannya ibarat mentari yang menerangi di pagi hari setelah berlalunya malam yang gelita
kehadirannya bagai penawar bagi hati yang sedang luka,berkecai hancur dan kesepian.
sungguh kehadirannya mendatangkan seribu kebahagiaan buat keluarga kami.
kehadirannya telah memecahkan kesunyian kami yang telah sekian lama ini.

ya Allah..sesungguhnya rezeki Engkau sangatlah luas.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tiada tangisan seorang bayi di dalam rumah ini, akhirnya ada jugak!
rindunya akan tangisan daripada seorang bayi yang sangat sangat suci.

sungguh bayi itu sangat suci. teramat suci.

selamat membesar ye baby humaira. 'mak teh' sayang humaira sangat sangat sangat kerana-Nya.
humaira dah besar nanti jaga diri elok elok tau. semoga humaira tabah dalam perjuangan di jalan Allah ini nanti. mak teh yakin humaira anak yang baik, mujahidah yang hebat, pejuang yang akan istiqamah di jalan Allah.

sayang sampai syurga.