May 31, 2012

penulis


cita2ku ingin menjadi seorng penulis..menulis tntg agama Allah ini..
tp saya sndiri tak da bakat dlm bidang penulisan ni..
tp putus asa bukan caraku..akan ku cuba hingga berjaya..
mungkin ilmu di dada blum mncukupi..akn ku cuba sdaya upaya
dan slagi mana yg ku mampu utk mncapai cita2ku ini..

May 24, 2012

malu sbhgian drpd sifat manusia


-Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PERCIKAN API NERAKA.

-Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.

-Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. ...

->Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki, Tapi untuk seorang lelaki yang bernama, Suami.

May 3, 2012

erti kehidupan


hidup ini mmg pedih..
kekadang gembira, kekadang sedih,
dugaan yg datang tanpa henti,
membuatku tabah dlm mencari
erti kehidupan ini..

aku hanyalah insan kerdil
yang selalu memerlukan tarbiah
dari Pencipta..
tarbiah yang akn menjadikan aku
insan yg lebih bertaqwa
kepada-Nya..

aku yg kadangkala lalai dlm
mencari cinta dunia..
cinta dunia yg blum tentu
kekal selamanya,
cinta yg mungkin membuatku
lalai selamanya,
atau cinta yg akn membawaku
ke SYURGA sana..

aku juga insan biasa..
yg selalu melakukan dosa,
yg selalu melakukan ksilapan,
yg selalu menyakiti dan disakiti..

berilah aku peluang untuk
mencari erti kehidupan ini..
peluang untukku mencari
cinta-Mu yg kekal abadi..
peliharalahku drpd trjerumus
ke lembah kehinaan..

Ya Allah..aku amat memerlukan pertolongan-Mu…

‎12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah