Mar 1, 2016

Heart

sedarlah, ini realiti.


awak tahu?

nak jaga hati tu susah sangat.
it's not an easy things.
sangat susah,
bagi aku.

tapi mungkin ianya bukanlah perkara yang susah buat mereka yang sangat hebat.

perlunya kekuatan, perlunya mujahadah, perlunya istiqamah!
mungkin kita terlupa hati kita ini dipegang. dipegang dengan
eratnya oleh Sang Pemilik Hati. mungkin terlalu jauh kita pergi,
sehingga kita terlupa hati kita ni Dia yang pegang. Dia yang jaga.
dan Dia jugalah yang mebolak-balikkannya.

kadang,
kita terlalu sibuk,
sibuk dengan kerja, sibuk mencari harta, sibuk dengan dunia.
sehingga satu saat, ujian datang melanda.
hati ini disentuh, disentuh dengan nikmat dunia.
sehingga diri tak mampu mengawalnya.

mungkin aku lupa,
hati ini perlu kembali kepada Pemiliknya.

tahu yang namanya manusia,
tak mungkin bisa lari dari fitrah.
ya. tak perlu lari.
tapi,
cuba atasi, agar nafsu tak menguasai diri.




Jan 22, 2016

choices

sumber : Google

there is always a choice in this life.

dalam kehidupan, perlu sentiasa memilih.
mahu jadi baik atau tak,
mahu jadi rajin atau tak,
mahu menjadi sesuatu atau tak.

itu semua pilihan. semuanya perlukan pemilihan.

kaulah yang perlu memilih untuk diri sendiri.

jadi,
andai kejayaan yang dimahukan, mengapa tidak berusaha untuk mencapainya.
mengapa terus melayan rasa dan nafsu. apa kerana itu menyenangkan?
ya, mungkin menyenangkan. tapi hanya buat sementara waktu.

jadi,
apa yang kau mahukan? usahalah mengikut impian. bukan berangan mengikut
kemahuan. kerana Allah memandang usaha, bukan hasilnya.

tolong jangan kecewakan mereka yang menyimpan beribu harapan.

Allahu,
wahai diri, tajdid niat selalu. peluang itu sesuatu yang berharga. 
berhenti mengikut nafsu.



Jan 16, 2016

till we meet again, Poschiong

alahai adik, rindu :')

eh. tiba-tiba ada orang datang ketuk pintu.

'pintu apa? rumah? bilik?'

'tak'

'habistu?'

'pintu hati' 

'siapa?'

'rindu'...

Poschiong,
mungkin banyak kurangnya dari segi pembangunan, kemajuan dan fizikalnya.
tapi, di dalamnya ada suatu pembangunan dan kemajuan yang sangat hebat yang tiada
siapa cuba untuk memandangnya. tiada siapa pun tahu mereka juga tercari-cari akan
sesuatu. ya, mencari redha-Nya. 

mereka juga manusia, mereka juga hamba dan mereka juga muslim. mereka juga punya hak
untuk mendapatkan redha-Nya. jadi siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menunaikan hak
mereka kalau bukan kita.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Allah memberi kesempatan yang teramat sangat berharga dan tiada ternilainya. moga diberi 
kesempatan lagi di lain masa untuk berada bersama mereka yang mungkin suatu hari nanti 
akan menjadi pembela agama, pengubah dunia.

menanti explorace bermula! ;)

rindunya adik-adik comel,
apa khabar agaknya kalian disana. 
jaga diri baik-baik ya. selamat membesar dengan baik dan sihat 
dan cergas dan bermacam lagilah. ehe.

petahnya kalian berkata-kata,
semangatnya kalian dalam berbicara,
buatkan aku rindu mendengarnya.
moga ketemu lagi ya adik-adik comel.