gonna miss this sweet moment
berakhir sudah sukan tahunan bagi tahun 2014 ini. that's mean....
ini adalah sukan terakhir kami sebagai seorang pelajar. huh.sedih :(
semoga sukan ini menjadi suatu ibadah dan bukan suatu yang sia-sia.
semoga sukan ini merapatkan dan mengukuhkan lagi ukhuwwah di antara kita.
semoga ukhuwwah ini tidak roboh hanya disebabkan sukan.
sukan dah berakhir....and now..................
bermulalah perjuangan dalam menambahkan ilmu pengetahuan.
bermulalah perjuangan untuk menghadapi SPM yang bakal
menjelma beberapa hari saja lagi.
huh. takot. ok ok.. don't be scared.
Innallahama'ana my dear.
tapi tapi...
aku tetap rindu semua itu. sukan itu. latihan sukan di setiap petang itu.
bancuh air bawah pokok itu. sorakan daripada ahli rumah sukan masing-
masing itu. leteran ketua balapan kerana aku tak pernah serius dalam
berlatih itu. dannnnn aku rindu semua itu.
look at their smile! senyuman itu,
sangat bermakna buat aku.
andai dapat kuundurkan masa, pasti saja aku akan memilih saat-saat
yang indah itu. eh! no way! don't look back! you must go on with your
life. perjuangan itu harus diteruskan. benda yang lepas tidak perlu dikenang
lagi. hanya perlu disimpan dengan baik di dalam kotak ingatan itu. simpan
ia dengan baik. jadikan ianya sebagai pengajaran dan iktibar agar diri
menjadi yang lebih baik.
memang rindu itu sangat menyakitkan.
tiada yang dapat mengubatinya melainkan Allah.
Allah ada. Allah tempat kita meminta.
Allah tempat kita mengadu.
apa perlu risau?
minta sahaja kepada Allah agar kita
dapat bersama seperti ini lagi di syurga
abadi. Allah itu Maha Mendengar.