Dec 9, 2019

Moga kebaikan tersebar

Wow, such a very long time I didn't post anything here.

Well, tengah struggling untuk membesar dan berhadapan dengan cabaran yang pelbagai. I couldn't stop observing every single things that occurred. Tak sangka, cepat sangat masa berlalu. Daripada seorang yang takut sangat dan teramat sangat nak berdepan dengan orang kepada seorang yang suka sangat jumpa orang baru! Jumpa dan bersembang dengan orang baru sangat recharge my energy, spirit and many more lah. Umm, inilah hidup. 'Life is a learning process' kann.

I've decided to start writing again. Sayang sangat kalau hanya tersimpan dalam fikiran apa yang terfikir dan akhirnya terlupa dan takda bawa apa apa perubahan.

I really hope I can help our education system. tapi tak ada lah terfikir nak jadi ministry of education atau apa apa. I just love kids and I really want to help them. Tak sanggup melihat mereka membesar dalam keadaan yang tak cukup dan sebagainya. Saya penat melihat keadaan masyarakat yang suka bercakap itu ini dengan lantang sekali tapi tidak ada secebis usaha untuk mendatangkan perubahan itu. Penat, jika terus salahkan pihak itu dan ini tapi tak ada usaha. Penat...

Tak ada salahnya untuk mengkritik. Tapi kritik biarlah dengan niat untuk sama sama melihatkan kebaikan. That's why, I really hope I can instill the good value in my students. Semoga mereka membesar menjadi seorang yang sangat manusiawi.

Image result for education

Mar 1, 2016

Heart

sedarlah, ini realiti.


awak tahu?

nak jaga hati tu susah sangat.
it's not an easy things.
sangat susah,
bagi aku.

tapi mungkin ianya bukanlah perkara yang susah buat mereka yang sangat hebat.

perlunya kekuatan, perlunya mujahadah, perlunya istiqamah!
mungkin kita terlupa hati kita ini dipegang. dipegang dengan
eratnya oleh Sang Pemilik Hati. mungkin terlalu jauh kita pergi,
sehingga kita terlupa hati kita ni Dia yang pegang. Dia yang jaga.
dan Dia jugalah yang mebolak-balikkannya.

kadang,
kita terlalu sibuk,
sibuk dengan kerja, sibuk mencari harta, sibuk dengan dunia.
sehingga satu saat, ujian datang melanda.
hati ini disentuh, disentuh dengan nikmat dunia.
sehingga diri tak mampu mengawalnya.

mungkin aku lupa,
hati ini perlu kembali kepada Pemiliknya.

tahu yang namanya manusia,
tak mungkin bisa lari dari fitrah.
ya. tak perlu lari.
tapi,
cuba atasi, agar nafsu tak menguasai diri.




Jan 22, 2016

choices

sumber : Google

there is always a choice in this life.

dalam kehidupan, perlu sentiasa memilih.
mahu jadi baik atau tak,
mahu jadi rajin atau tak,
mahu menjadi sesuatu atau tak.

itu semua pilihan. semuanya perlukan pemilihan.

kaulah yang perlu memilih untuk diri sendiri.

jadi,
andai kejayaan yang dimahukan, mengapa tidak berusaha untuk mencapainya.
mengapa terus melayan rasa dan nafsu. apa kerana itu menyenangkan?
ya, mungkin menyenangkan. tapi hanya buat sementara waktu.

jadi,
apa yang kau mahukan? usahalah mengikut impian. bukan berangan mengikut
kemahuan. kerana Allah memandang usaha, bukan hasilnya.

tolong jangan kecewakan mereka yang menyimpan beribu harapan.

Allahu,
wahai diri, tajdid niat selalu. peluang itu sesuatu yang berharga. 
berhenti mengikut nafsu.



Jan 16, 2016

till we meet again, Poschiong

alahai adik, rindu :')

eh. tiba-tiba ada orang datang ketuk pintu.

'pintu apa? rumah? bilik?'

'tak'

'habistu?'

'pintu hati' 

'siapa?'

'rindu'...

Poschiong,
mungkin banyak kurangnya dari segi pembangunan, kemajuan dan fizikalnya.
tapi, di dalamnya ada suatu pembangunan dan kemajuan yang sangat hebat yang tiada
siapa cuba untuk memandangnya. tiada siapa pun tahu mereka juga tercari-cari akan
sesuatu. ya, mencari redha-Nya. 

mereka juga manusia, mereka juga hamba dan mereka juga muslim. mereka juga punya hak
untuk mendapatkan redha-Nya. jadi siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menunaikan hak
mereka kalau bukan kita.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Allah memberi kesempatan yang teramat sangat berharga dan tiada ternilainya. moga diberi 
kesempatan lagi di lain masa untuk berada bersama mereka yang mungkin suatu hari nanti 
akan menjadi pembela agama, pengubah dunia.

menanti explorace bermula! ;)

rindunya adik-adik comel,
apa khabar agaknya kalian disana. 
jaga diri baik-baik ya. selamat membesar dengan baik dan sihat 
dan cergas dan bermacam lagilah. ehe.

petahnya kalian berkata-kata,
semangatnya kalian dalam berbicara,
buatkan aku rindu mendengarnya.
moga ketemu lagi ya adik-adik comel.




Dec 13, 2015

Bumi Tarbiyah

tanpa aku sedari,
aku kini sudah menjejakkan kaki jauh dari bumi tarbiyah itu lagi.
aku dihantar ke suatu tempat yang keadannya berbeza sekali dari
bumi tarbiyah yang pernah aku jejaki.

aku pelik dan hairan.
melihat keadaan bumi yang sedang aku jejakkan kaki ini.

terkadang aku merasa tidak mampu untuk terus bertahan, untuk terus
berdiri di bumi yang asing ini. tapi,
entah darimana datangnya kekuatan untuk aku terus bertahan di bumi ini.
ya. mungkin kerana Dia yang memberikan aku kekuatan ini. agar aku
terus bertahan untuk melebarkan sayap dakwah ini.

tapi,
aku juga manusia. terkadang itu aku rebah dan tidak berdaya untuk menyusun
langkah. terkadang itu aku mengalah. terkadang itu aku terlalu mengikutkan
nafsu juga. sungguh, benar-benar aku rasa aku tidak mampu. 

aku rindu pada bumi tarbiyah itu.
bumi yang banyak mengajar aku erti kehidupan ini. yang mengajar aku untuk
terus berdiri di atas dunia ini.yang menyedarkan aku tanggungjawab aku 
dihidupkan di bumi ini. Allah, aku rindu. benar-benar rindu. 

aku rindu pada tapak-tapak yang saling mengukuhkan itu. 

moga kelak kita disatukan kembali di Syurga-Nya nanti.