Sep 29, 2015

Syukran Ya Rabb

tanganku terus digenggam erat olehnya. tiada lagi suara yang kedengaran. masing-masing menanti dengan penuh harapan. tiada lagi yang difikirkan melainkan redha dengan apa saja keputusan yang akan diumumkan.

"dah sedia nak tengok keputusan?"

debaran pelajar saat itu hanya Allah saja yang tahu.

"alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah", hanya itu yang terkeluar dari mulutku sebaik sahaja melihat nama-nama yang terpapar di skrin.

"ana tahu anti hebat. anti memang hebat. ana bangga dengan anti," bisik sahabatku yang sedari tadi menggenggam tanganku dengan erat.

"anti pun! anti lagi hebat! sangat-sangat hebat! anti qowiy!".

Allahu Rabbi, tiada kata seindah tahmid kepadaNya.

tanpa disangka,
Dia berikan kepadaku lebih daripada yang aku mahu.
Dia berikan padaku lebih daripada yang aku perlukan.
Dia berikan aku hasil lebih dari usaha aku.
aku bersyukur, teramat bersyukur, aku dapat melihat kebahagiaan terpancar
di wajah insan yang tersayang.

terima kasih Allah. terima kasih.

terima kasih mak abah,
sebab tak pernah henti memberikan aku nasihat. tak pernah penat untuk buat yang terbaik kepadaku. tak pernah putus asa untuk menyedarkan aku. tak pernah merungut menghantarku ke sekolah. terima kasih atas segalanya. tanpa kalian, aku mungkin tak sampai di sini.

terima kasih muallim,muallimah,
terima kasih atas jasa kalian yang terlalu banyak. terlalu terlalu dan terlalu banyak. menghabiskan masa cuti dengan anak-anak murid. tak pernah penat melayan kerenah kami yang pelbagai. tak pernah henti memberi tarbiyah. terima kasih kerana sentiasa mengajak kami mengejar cinta akhirat. terima kasih.

terima kasih sahabat,
kerana selalu ada di sisi. tak pernah lupakan sahabat mereka yang ketinggalan di belakang. sentiasa bersama-sama berpimpinan tangan. kerana selalu memberikan aku kata-kata. kerana selalu buatkan aku bangkit kembali setelah rebah. terima kasih atas tunjuk ajar. kalian adalah sahabatku yang satu dalam sejuta! sahabat yang tak pernah kenal erti penat untuk memberi tunjuk ajar buat sahabat yang tertinggal di belakang. terima kasih! terima kasih!


No comments:

Post a Comment